05 Desember 2010

masih konfius ;;

uhh,aku tau aku berpijak kat bumi islam
eh,parents pun hantar pegi sekolah agama
kecik-kecik pakai baju kurung,siap tudung comot2 nak pegi mengaji
dapat gula-gula mmg happy.
dari mukkadam dpt naik ke al-quran siap buat pulut kuning nak bg kwn-kwn ngaji
ponteng mengaji nangis
ponteng sekolah agama nangis
dari darjah 1 sampai tingkatan 5 subjek pendidikan islam tu wajib.
tapi bila dah besar,dah lepas sekolah.
macam-macam benda aku SENGAJA buat-buat lupa.

contohnya?
1. derhaka kat parents.
--> bukanlah derhaka melampau,tp sengaja malas2 nak dgr cakap.
      haha. suka sgt nak balik umah tgh2 malam sebab nak lepak dgn kwn2.
      pastu ade je menda nak menjawab.yelah,mak pon phm,anak-anak dah besar.
      tp,tak pe sejarah akan berulang.nnt anak aku buat aku pulak.

2. tak tutup aurat
--> hish,tuh mmg hak sume individu.kalo tutup semua tapi perkara WAJIb lupa pon tak leh nak salah kan.
      sbb kubur lain-lain kan?bukan tak ada yang menasihati,tp lumrah manusia.ada HATI yang DEGIL.
      susahnya lah kan?bukan tak ada yang bagi unsur-unsur berlapik kat facebook.ada.
      dengan statement ini

     "anak yang tak menutup aurat,ibu bapa akan menanggung dosanya"
     
      lebih kurang lah ayatnya.dan aku? MASIH KONFIUS

--> "pakai lah apa-apa pon,janji menutup auratt"
       okay,konfius lagi.

3. Kadang-kadang perkara WAJIB dilupakan.
--> puasa of course lahhh kecik-kecik je tinggalkan,dah besar mesti buat.
      sebab apa?sebab tu tuntutan.
      SEMBAHYANG/SOLAT? macam mana?
      ouh,kadang-kadang ada jugak tinggalkan.mana lah ada manusia yang tak pernah tertinggal solat.
      kalau pergi shopping,mesti tak teringat nak singgah surau.
      padahal sembahyang tuh sume ambik masa beberapa minit je.tak lama.
      tapi tuh sume BEKALAN untuk SELAMA-LAMANYA.
     " kalau nak ubah negara, kena ubahkan pemimpin nya dulu"
     " kalau nak ubah masakan,kena ubahkan resipinya dulu"
     " kalau nak ubahkan manusia? ubahkan hatinya, , , nak ubah hati?mulanya dr penjagaan solat."
     
       dan aku? MASIH KONFIUS lagi.

4. Pergaulan
--> eyh,mmg tak salah nak berkawan ngan seramai mana pun.tp kene jaga batas.
      kalo dah bertepuk bertampar dgn bukan muhrim.macam mana?keluar mlm-mlm dgn bukan muhrim
      macam mana?
      aku masih lagi konfius dgn diri aku.

5. Percakapan
--> manusia ni mmg dikurniakan mulut untuk bercakap.tapi kalau dah environment yang tak berapa elok
      tambah pulak dgn hati yang berubah-ubah.mmg akan terikut-ikut.
      nak melatah pun nak mencarut.tak mencarut tak sah. 
      tapi aku,jarang melatah,mencarut tuh ada.tapi tak lah over.
      konfius.dan konfius.

haih,nak berubah, inilah element-element penting yang nak kena betulkan dulu.
bukan senang nak senang.
bukan senang nak buat satu HIJRAH.
bukan senang nak tutup mulut orang.
bukan senang nak yakinkan orang.
mana ada benda yang senang kat dunia ni.
mana ada masalah yang tak boleh settle?
semua pun tak mustahil.

i need some motivation.
ada kawan yang cakap mcm ni
" bila letak pic berhijab, pic yang ini (gambar agak sexy di mata orang) dah boleh dijadikan koleksi peribadi"
respon aku? tak apa,tak kecik hati.sebab apa?sebab teguran nya ikhlas,lagipon awal-awal lg dah mintak dia bg nasihat apa yang patut.

so,kalo aku perlukan yang macam tu lah, , 
then ,i can guve u a smile ;)